Apakah maksud keselamatan makanan?
Keselamatan makanan bermaksud makanan itu bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin dan bersih daripada najis dan bahan buangan yang lain.
|
Apakah perkara-perkara asas yang perlu diutamakan untuk memastikan makanan yang bersih?
- Kebersihan bahan mentah.
- Pengendalian makanan yang bersih.
- Kebersihan diri pengendali makanan.
- Keperluan kesihatan asas yang mencukupi.
- Premis makanan yang mempunyai persekitaran yang bersih.
- Rekabentuk premis makanan dan peralatan yang sesuai.
- Penyediaan dan penyimpanan makanan yang betul.
a ) Pengendali makanan.
b ) Bahan mentah.
c ) Peralatan yang digunakan.
d ) Persekitaran seperti dapur dan tempat menyediakan makanan.
Siapakah itu pengendali makanan ?
Pengendali makanan adalah semua orang yang terlibat dengan penyediaan makanan daripada mula hinggalah makanan itu diambil atau dimakan. la adalah mana-mana individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan juga penjualan makanan.
Bagaimanakah kita memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat?
Salah satu langkah bagi memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat adalah dengan menjaga kebersihan diri dan mengamalkan amalan kebersihan yang perlu semasa mengendalikan makanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan